26 June 2011

Rutin Lari

Dua tiga hari ni rutin hidup aku macam lari. Selalu bangun pagi mesti tengok area Syafeeq tidur. Tengok sama ada dia pergi kerja ke memonteng. Lepas tu dikejutkan dengan bunyi "uuuuuuuhhhhhhhh" yang Opai hasilkan sambil mengeliat. Bangun pun selalunya pukul 1.30 tengahari paling awal. Sekarang, bangun-bangun, aku sorang. Bangun pun 7.35 pagi paling lewat.

Kalau dulu, ada saja plan nak buat aktiviti apa-apa walaupun tak ada duit. Sekarang, duit banyak pun tak tau nak buat apa. Sejak aku kena sound dengan housemate aku minggu lepas, Opai dengan Syafeeq dah tawar hati nak datang rumah aku. Aku pulak memang jarang lepak-lepak dengan budak rumah. Diorang pulak macam paksa aku lepak dengan diorang. Aku rasa macam hak kebebasan bergaul aku dicabul.

Aku bukan apa, aku tak berapa sangat kalau lepak sembang pasal belen, chia, bohsia dan sebagainya. Sebab tu aku kurang sikit kalau budak rumah ajak lepak. Ada jugak diorang sentuh pasal kebersihan dan kerjasama. Ini la topik yang paling aku tak boleh terima sebab aku rasa aku tak lah teruk sangat bab-bab ni. Mula-mula aku macam nak lawan. Teringat kata-kata Imam Syafie membuatkan aku lebih bersabar. Aku dengar dengan rela semua tuduhan yang diorang buat.

Dalam kepala aku fikir aku masih ada tiga tahun lagi duduk serumah dengan diorang. Kalau ikut nafsu aku, dah lama aku sound diorang balik sambil mengungkit apa yang aku pernah buat.kahkahkahkah.

p/s: Dah rasa macam homesick pun ada. Mungkin ketidakbiasaan ni berlanjutan lagi dua tiga hari.

No comments: