26 June 2011

Motivasi Kendiri

Kadang-kadang aku macam menyesal sebab tak buat betul-betul time SPM dulu. Solat pun tak jaga. Kalau bab keagamaan pun selalu aku elak. Terawih tak payah cakap la. Akibatnya, sekarang ni aku tersadai kat IPG. Kalau la aku belajar rajin-rajin dulu, kurang-kurang mesti dapat amik kos yang sedap-sedap dekat dalam negara. Bila jumpa kawan-kawan yang belajar luar negara, hati aku mula bagai ditampar.

Banyak aku tanya diorang pasal macam-macam. Impian aku pun memang nak belajar negara yang ada snow. Majoriti diorang cerita semua yang macam seronok. Walaupun InsyaAllah aku akan melancong ke luar negara hujung bulan Ogos ni, ia tetap tidak menghilangkan penyesalan aku. Bagi aku, belajar sambil duduk luar negara memang sangat seronok. Lepas tension mentelaah, boleh la aku main snow depan rumah.

Banyak juga yang kawan aku cerita pasal negara-negara luar yang diorang menetap. Cerita majoriti semuanya seronok. Walaubagaimanapun, diorang tetap bagi semangat pada aku bahawa apa yang buat sekarang ni bukanlah satu benda yang sia-sia dan ada hikmah disebaliknya. Kadang-kadang, sedih jugak aku sebab walaupun aku belajar dekat IPG, diorang masih baik dan senang bergaul dengan aku. Tak pernah aku tengok diorang meninggi diri walau sikit pun.

Aku rasa, mungkin sebab ni aku tak suka lepak dengan budak rumah aku. Bagi aku, kawan waktu aku duduk asrama dulu la kawan dunia akhirat. Aku sentiasa doakan diorang berjaya dalam hidup. Aku harap, bila dah kerja nanti, jangan la lupakan aku yang InsyaAllah berkerjaya pilihan terakhir ni. Mulai saat tu jugak aku mula sedar yang penyesalan ni tak memberi faedah pada aku. Sekarang aku harus tekad untuk ubah hidup aku. Harap aku boleh jadi pendidik yang berjaya.

p/s: teringat pulak ustaz Zulkapli pernah ajar jangan guna perkataan kalau.

No comments: