Kadang-kadang aku terkilan dengan sikap masa lalu sendiri. Aku seolah-olah dungu dalam bab adab berinteraksi dengan ibu ayah. Sedih bila terkenangkan penderhakaan yang telah aku lakukan tak kira besar atau kecil. Siapa aku sebenarnya nak tinggikan suara dengan mereka bila berbicara? Hati aku sering mendengus kekecewaan dengan layanan tahap bodoh aku pada ibu ayah. Bila teringatkan aku selalu tak beri tumpuan penuh semasa mereka bertanya atau semasa mereka mahu bersembang membuatkan aku nak cederakan diri sendiri. Walaupun aku masih berfikir waras untuk tidak mencederakan diri aku, tetapi aku terasa hina sebab sanggup bersikap sampah terhadap ibu ayah. Terkenang aku sewaktu dibangku sekolah. Ustazah ada memberikan satu 'questionnaire' berkenaan sikap aku untuk dijawab oleh ibu ayah aku. Aku mendapat markah yang menyedihkan hasil penilaian ibu ayah aku. Sejak itu diri ini terasa bangsat dan tak kenang budi. Aku terus nekad berubah demi kasih sayang aku pada mereka. Aku seolah-olah lupa akan segala pengorbanan mereka untuk membesarkan dan mendidik aku. Aku tak salahkan mereka dengan hasil penilaian yang mereka buat. Aku salahkan diri aku kerana sikap pendek akal. Aku harap ibu ayah aku maafkan semua kesalahan aku dan terima perubahan yang dah lama aku nekad untuk lakukan untuk melayan mereka dengan lebih baik dan sopan. Bak kata orang, nasi sudah menjadi bubur. Bagi aku, aku harap bubur yang dah jadi itu dapat aku perbaiki rasanya agar kekecewaan untuk memakan nasi itu dapat diubati.
No comments:
Post a Comment