Tanggal 12 haribulan julai 2013 hari jumaat, seorang rakan kelas aku berbangsa cina tukar agama dan menganut agama islam. Sekarang dia dalam perjalanan ke Masjid Negara untuk mengucap 2 kalimah syahadah dihadapan ustaz apa tah. Benda ini bagi aku cukup bermakna dan bererti bagi umat islam seperti aku sehingga meninggalkan kesan sejarah dalam diri aku. Maka tambah lah lagi seorang saudara seislam bagi seluruh umat islam. Aku bangga ada kawan yang macam dia. Aku harap jalan yang dia pilih ni dapat menjadi anjakan paradigma dalam diri dia untuk menjadi lebih baik walaupun asalnya dia memang seorang yang baik.
Tapi ada juga beberapa perkara yang agak merisaukan aku. Bila dikatakan muallaf ni, bagi aku hati dia masih goyah dan masih perlukan banyak bimbingan dan sokongan. Aku risau kalau-kalau persekitaran dia membuatkan dia benci kepada islam. Yelah, aku akui aku sendiri pun solat tunggang terbalik. Macam mana nak cerminkan keindahan islam yang sebenar pada dia. Aku harap rakan perempuan dia yang lain jadi pembimbing yang berjaya untuk membimbing saudara baru itu.
Semoga berjaya saudara baru: Chong Mei Yee = Sarah Chong
No comments:
Post a Comment