Aku boleh terima lagi Opai cakap harga spaigeti kat Carlos RM50.00. Sebab aku rasa orang kebanyakan macam aku tak kan pergi kedai makan yang macam tu. Tapi aku paling tak boleh terima harga nasik putih sama ayam goreng RM5.50. Kedai pun gerai yang macam dah nak runtuh. Gila apa cekik darah. Malam tadi pun Opai dah terkena nasik bujang RM3.00. Aku tak tahu la mana pergi akhlak sesetengah peniaga sekarang. Letak harga sesuka hati macam harga minyak dengan gula naik separuh harga dari harga asal.
Kerajaan pun bangang, sesuka hati naikkan harga gula dengan minyak. Lepas tu pandai pulak bagi alasan macam-macam. Lepas ni aku rasa pencuri, perompak dan peragut pun akan dapat banyak idea untuk bagi alasan lepas diorang tertangkap. Kalau elaun dan gaji naik setara dengan kenaikan harga barang-barang aku tak kisah. Aku lagi tak faham kenapa rakyat masih tak berubah fikiran untuk ubah kerajaan. Macam selesa duduk dalam keadaan yang semua mahal.
Setakat ini, dah dua kedai dekat kawasan rumah aku ni aku dah anti. Jangan harap aku pergi lagi. Aku rela makan megi tiap-tiap hari. Megi pun dah mula naik harga. Cibai! Dengar cerita harga minyak nak naik lagi. Lagi satu, aku rasa seseorang tu sangat bodoh kalau sama kan harga minyak dengan harga benda-benda seperti ipad dan nasik lemak. Aku rasa mereka yang bercakap tu dah besar dan boleh berfikir.
No comments:
Post a Comment