24 April 2011

Puas Hati

Tepat pukul 8.30 pagi isnin minggu lepas aku bertolak pergi ke maktab sebab ada exam yang aku kena hadap. Subjek exam tu adalah titas. Sebelum 15 minit exam tu tamat, aku dah keluar sebab bagi aku tak guna duduk dalam dewan tu lama-lama kalau ilmu tak penuh didada. Aku tawakal sebab aku stadi pun sikit-sikit.

Tapi bukan ini yang aku nak cerita. Selepas exam tu tamat, aku dengan kawan aku pun macam biasa la bincang-bincang sikit pasal soalan tadi. Dia tanya aku jawap apa dan aku pun macam tu jugak. Tengah sedap-sedap kami berbual, tiba-tiba datang seorang lagi kawan aku. Untuk mudahkan cerita aku letak nama samaran dia 'laici'. Dia datang pun sebab nak dengar apa yang kami bualkan. 30-40 saat lepas tu, datang lagi sorang kawan aku. Yang ni pulak aku letak nama samaran dia 'karipap'.

Untuk memendekkan cerita ni, si karipap ni berminat dengan ipod yang aku ada tu. Dia cakap kat aku dia nak beli sebijik dan dia suruh aku surveykan. Walaupun malas, demi menjaga hati si karipap, aku pun menjawab 'insya-Allah'. Lepastu karipap tanya la aku apa kelebihan ipod aku tu. Aku cerita la dari a sampai z. Belum sempat nak sampai z, si laici cakap kat aku "kau jangan nak bangga sangat la dengan teknologi kau tu. Kuasa Allah lagi power la". Si karipap diam. Belum sempat dia nak mulakan ayat dia yang ketiga aku terus capai pisau columbia aku dalam pouchbag dan terus tikam tengkuk laici. Belum sempat dia rebah, aku sepak muka dia guna kasut kulit aku sampai tersembur darah ikut mulut. Lepas tu aku beredar balik rumah dengan hati yang seronok macam dapat jawap titas.

2 comments:

Adi Zhaf said...

semat lah marwi cite ko ngeh2..gudlak do xm =)

:: Cara Tinggal Jejak ::

Mawi said...

haha..trima kasih..