Masuk sem ni, dah 8bulan aku duduk dekat Lumayan ni..
Rutin harian aku cuma pergi kelas, balik kelas, tidur, lepak dengan kawan dan tidur balik..
Kalau weekend pulak, bangun tidur, makan, lepak, balik rumah dan tidur balik..
Tak pernah pun fikir nak bermasyarakat dengan orang sekeliling..
Bukan setakat bermasyarakat, jiran-jiran pun aku tak berapa kenal..
Tapi tadi ada sorang kawan aku ajak aku pergi rumah jiran yang hujung..
Ada kenduri katanya...
Mula-mula aku macam segan nak pergi sebab tak berapa kenal..
Disebabkan perut aku memanggil-manggil nasik yang berada di rumah jiran, aku gagahkan jugak diri aku untuk ke sana..
Memang agak ramai la yang ada kat situ..
Aku tengok atas meja ada naget, kari ayam, nasik, pulut, sayur campur dengan ikan masin..
Aku apa lagi, dah tak larat dengar perut merengek terus capai pinggan..
Ayam dia kecik, aku amik la 3 ketul...
Naget dia naget marina tu aku amik 2 ketul..
Nasik 3 senduk full..
Sayur campur 2 kali cedok..
Ikan masin yang macam bulu ayam tu 4 ekor..
Memang kenyang gila..
Baru separuh makanan aku habis baru aku perasan orang lain amik makanan sikit je..
Aku pun tanya la kawan aku kenapa dia amik makanan sikit..
Dia cakap dia segan..
Kahkahkahkahkahkahkah....
Aku pun lupa yang aku tengah segan sambil belasah nasik jiran aku..
Dah nak habis majlis baru aku tau yang majlis tu adalah sempena harijadi siapa tah..
Terima kasih sangat-sangat kat pakcik jiran sebab dah kenyangkan perut aku..
Sekarang baru aku tau apa erti bermasyarakat..
Seronok jugak sebenarnya kenal jiran-jiran dan baik dengan mereka..
Nak naik lif pun ada orang tegur..
Nak start motor pun ada orang tegur..
Dan yang paling penting, tengah lapar pun ada orang bagi makan..
Kahkahkahkahkah
Aku kena berlatih bermasyarakat dari awal ni..
Nanti dah berkeluarga tak la susah nak bermasyarakat..
Ye tak??
No comments:
Post a Comment