05 January 2014
21 December 2013
Andai itu takdirnya
Mungkin ini post terakhir aku kat sini..kitaorang dah tak ada apa apa..semuanya salah aku..tak apa lah..apa pon yang jadi aku tetap redha..mungkin ini jalan yg terbaik..syg doakan abg bahagia..bahagia abg,bahagia lah syg..
20 December 2013
Throwback orang cakap
2003-2013 dah hampir 10 tahun kami kenal..semuanya bermula di SBP Integrasi Gopeng..yup! Aku budak SBP dulu..tapi segan nak mengaku sebabbb yela aku bukan product SBP yg berjaya pon..hahaha..kitaorang sama kelas dulu dari form 1 sampai form 3..first time aku jumpa dia,aku ingat dia budak form 4..kitaorang ni budak budak first batch..so masa tu yg ada just form 1 and form 4 je la kan..nasib baik masa tu aku tak tegur dia cakap " bang,ni kelas form 1..form 4 kat sana".. Hahahaha..masa first day jumpa,aku dah macam jatuh hati kat dia..cinta pandang pertama orang cakap..aicehhh..tapi dia spoiled kan semuanya bilaaaaa sesi suai kenal..ada sorang budak tu namanya aminuddin..dia agak berisi sikit..masa kenal kenal tu dia cakap la dia main bola untuk sekolah dia..jadi goal keeper tak salah aku..tiba tiba boleh pulak dia menyampuk cakap macam ni "goal keeper ke tiang gol?" Hahaha..okay masa tu bagi aku sangat tak lawak and biadap..kesian la kat amin kan..terus perasaan tu macam hilang and makin hilang bila dia mula cari gaduh dengan aku..setiap kali pon ada je benda dia nak kutuk aku..semua aku buat dia nak kondem..ada 1 tahap tu aku dah bengang sangat,aku cakap kat dia " diam la kau..kau tu dah la kurus kering macam pokok kelapa..kalau berdiri sebelah pon orang tak perasan tu kau"..aku ingat dia nk stop la..aik? Dia boleh balas balik " dari kau gemuk,mengah mengah pergi sekolah"..jahat kan? Then kitaorang tak bertegur sampai la aku pindah sekolah..masa tu dia ingat dia lah punca aku pindah..padahallllll...tetttt..malas la nak cerita..kitaorang contact balik tapi dia siap sound aku awal awal "kau jangan bagitahu sesiapa tau kita still keep in touch" okay yang ni sangat kejam and aku agak tersentap masa tu..ahhhh..penat la type..nanti la sambung..
15 December 2013
Ku pendam sebuah luka
Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta
Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana
Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan
Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimi yang kau harapkan
Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri
Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta
Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana
Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan
Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimi yang kau harapkan
Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri
Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...
12 December 2013
11 December 2013
Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata?
Kadang2 hati ini ingin menjerit sekuatnya..kadang2 jari ini ingin saja meluahkan apa terpendam di laman social..biar orang menilai..bukan hanya membaca atau mendengar dari sebelah pihak sahaja..tapi itu semua hanya mengikut nafsu dan amarah sahaja..bodoh lah aku jika aku mengikut langkah pihak disana..bodoh lah aku jika hanya mengikut nafsu sahaja..bukankah kita sebagai manusia dikurniakan akal untuk berfikir? Jadi aku berfikir..untuk apa aku meluahkan perasaan disana? Ganjaran apa yang aku dapat? Bukankah nanti manusia2 yang membacanya akan menilai diri aku? Bukankah aku sendiri yang telah membuka aibku?
06 December 2013
Soal hubungan 2
Aku pernah dengar kawan kawan aku cakap, makin lama bercinta hubungan akan jadi tawar, tak mesra macam baru baru kapel..tapi Alhamdulillah, hubungan kami dah mencecah 5 tahun lebih..masih mesra,hangat macam baru bercinta..tipu la tak pernah bergaduh kan? Itu kan asam garam dalam bercinta? Ada pahit, ada manis..
Hari ni aku demam panas..biasa la aku ni..budak manja..demam sikit merengeknya lebih..hehehe..mengharapkan insan tersayang ada di sisi..tunggu je message dari si gemuk sorang tu..tak muncul muncul..last last :
Hehehe..rasa berbunga bunga sekejap walaupon pada mulanya nak merajuk dah dengan si gemuk ni..terus rasa nak baik dah demam ( menipuuuu)..
Kesimpulannya, jangka masa bukan kayu ukur tahap kemesraan atau kehangatan sesebuah hubungan tu..ianya terpulang kepada hati kita and macam mana usaha kita untuk mengekalkan hubungan kita..Alhamdulillah..walaupun dah 5tahun lebih aku bersama dia, tak pernah terdetik pon kat hati ni perasaan jemu makin syg ada lah..hehe..
I love u abg..always love u..tak kisah la berapa lama pon hubungan ni, syg tetap syg abg..syg syg abg sampai bila2..💋 syg harap abg pon macam tu jugak..mana yg keruh, kita jernihkan..mana yang jernih, kita lutsinarkan..hahahaha..
26 November 2013
Kenangan
Bila aku baca balik post aku pasal berdebar dengan result final sem 5 ni,aku terus teringat zaman aku dekat bangi dulu..ya Allah..punya la banyak main..setiap kali exam,tak pernah pon cakap nak dekan ke apa..mesti cakap,asal lulus tak repeat sudah..hahahaha..kalau repeat paper,mesti cari geng..nak sama2 kelas..kiranya repeat tu dah macam benda biasa la bagi aku..terukkan?..langsung tak fikir pasal masa depan..sampai la aku kena buang kolej..mula2 aku dah give up dah..datang pulak buah hati pujuk aku belajar lagi..tapi aku bernasib baik masa tu..ayah ada lagi..aku siap janji dengan ayah belajar betul2 and tak main2 lagi..bila ayah dah bagi kata putus,buah hati la yg uruskan semuanya..dari A sampai Z..apa yg tak ada,dia usaha adakan..bila aku tak selesa,sedaya upaya selesakan aku..dia cakap asal aku nak belajar dah cukup..okay yg ni menaip dengan linangan air mata..balik kepada cerita result..sekarang ni,aku punya doa asal lulus and pointer maintain atas 3..beza kan?..terima kasih Allah sebab kau anugerahkan orang2 yg sangat menyayangi aku di sekeliling aku..buah hati dan keluarga tersayang..cukup lah mereka ya Allah..aku tak minta lebih..
25 November 2013
Berdebar
Final exam kali ni betul2 buat aku sesak nafas..kemain susah soalan dia..itu dah satu hal..hint yang lecturer bagi semuanya tak kena..apa lagi..sesi goreng menggoreng la..hahaha..ya Allah aku tak mengharapkan lebih..cukup la kalau aku lulus and pointer still atas 3..aminn..
Ego
Hanya mengharapkan yang hubungan ni akan kekal dan sentiasa berdoa yang aku memilih lelaki yang tepat untuk menjadi bakal imam aku dan jugak anak anak aku..
11 November 2013
07 November 2013
Ragam manusia
Ragam manusia ni ada macam macam..ada yang sampai kadang kadang tu kita tak boleh jangka pon..
Aku pulak? Aku kena berhadapan dengan macam macam ragam budak kolej yang status semuanya adik adik je dengan aku..dari aku sem 1 sampai la sem 5..tak pernah putus putus..setiap sem mesti bertukar kawan..dari group tasya aku tukar group wani lepas tu aku tukar lagi group sis pulak..yg lepas tu biar lah lepas..dh malas nk kenang lagi..apa yg berlaku sekarang ni betul betul buat semangat aku berkobar kobar..biarlah kalau orang nak pulaukan aku sekali pon,aku dah tak peduli..aku dah tak hairan..bagi aku,diorang ni sekadar halangan aku nak berjaya..diri aku yang tentukan sama ada aku berjaya atasi halangan tu atau tak..tu je..diorang nak mengutuk ke,nak sebar fitnah ke,nak benci ke,tu hal diorang..cuma 1 je la aku nak pesan,dosa kita dengan Allah kita boleh mohon ampun..tapi dosa kita sesama manusia?..selagi tak mintak maaf selagi tu la kita berdosa..tak sabar nak habis diploma!
15 October 2013
Kekesalan dalam hidup
Kadang-kadang aku terkilan dengan sikap masa lalu sendiri. Aku seolah-olah dungu dalam bab adab berinteraksi dengan ibu ayah. Sedih bila terkenangkan penderhakaan yang telah aku lakukan tak kira besar atau kecil. Siapa aku sebenarnya nak tinggikan suara dengan mereka bila berbicara? Hati aku sering mendengus kekecewaan dengan layanan tahap bodoh aku pada ibu ayah. Bila teringatkan aku selalu tak beri tumpuan penuh semasa mereka bertanya atau semasa mereka mahu bersembang membuatkan aku nak cederakan diri sendiri. Walaupun aku masih berfikir waras untuk tidak mencederakan diri aku, tetapi aku terasa hina sebab sanggup bersikap sampah terhadap ibu ayah. Terkenang aku sewaktu dibangku sekolah. Ustazah ada memberikan satu 'questionnaire' berkenaan sikap aku untuk dijawab oleh ibu ayah aku. Aku mendapat markah yang menyedihkan hasil penilaian ibu ayah aku. Sejak itu diri ini terasa bangsat dan tak kenang budi. Aku terus nekad berubah demi kasih sayang aku pada mereka. Aku seolah-olah lupa akan segala pengorbanan mereka untuk membesarkan dan mendidik aku. Aku tak salahkan mereka dengan hasil penilaian yang mereka buat. Aku salahkan diri aku kerana sikap pendek akal. Aku harap ibu ayah aku maafkan semua kesalahan aku dan terima perubahan yang dah lama aku nekad untuk lakukan untuk melayan mereka dengan lebih baik dan sopan. Bak kata orang, nasi sudah menjadi bubur. Bagi aku, aku harap bubur yang dah jadi itu dapat aku perbaiki rasanya agar kekecewaan untuk memakan nasi itu dapat diubati.
07 October 2013
Rindu
When life gets hard,im started to miss my ayah..alang nak kena buat apa yah?..alang tengah belajar..macam mana alang nak tolong family kita yah?..ayahh..sedihnya alang yah..alang tak mampu nak buat apa apa pon untuk family kita..ayahh..alang susah ayah tak ada..ya Allah..sesungguhnya dugaanMu ini maha hebat..bantu lah hambaMu ini ya Allah..
29 September 2013
16 August 2013
Musibat
Bila dah lepas zaman remaja ni memang banyak kena belajar pasal kawalan emosi dan perasaan. Yelah mana nak mengadu nasib kalau berlaku apa apa musibat pada diri. Kena la pendam perasaan. Zaman kecik kecik dulu boleh lah.
15 July 2013
Boroi
Kalau ditanya askar atau tentera-tentera dekat Malaysia ni kenapa mereka boroi. Satu jawapan sahaja yang biasa kita dengar: pangkat tinggi. Sama lah macam guru pendidikan jasmani. Kenapa boroi? Pangkat tinggi. Kahkahkah!
12 July 2013
Convert
Tanggal 12 haribulan julai 2013 hari jumaat, seorang rakan kelas aku berbangsa cina tukar agama dan menganut agama islam. Sekarang dia dalam perjalanan ke Masjid Negara untuk mengucap 2 kalimah syahadah dihadapan ustaz apa tah. Benda ini bagi aku cukup bermakna dan bererti bagi umat islam seperti aku sehingga meninggalkan kesan sejarah dalam diri aku. Maka tambah lah lagi seorang saudara seislam bagi seluruh umat islam. Aku bangga ada kawan yang macam dia. Aku harap jalan yang dia pilih ni dapat menjadi anjakan paradigma dalam diri dia untuk menjadi lebih baik walaupun asalnya dia memang seorang yang baik.
Tapi ada juga beberapa perkara yang agak merisaukan aku. Bila dikatakan muallaf ni, bagi aku hati dia masih goyah dan masih perlukan banyak bimbingan dan sokongan. Aku risau kalau-kalau persekitaran dia membuatkan dia benci kepada islam. Yelah, aku akui aku sendiri pun solat tunggang terbalik. Macam mana nak cerminkan keindahan islam yang sebenar pada dia. Aku harap rakan perempuan dia yang lain jadi pembimbing yang berjaya untuk membimbing saudara baru itu.
Semoga berjaya saudara baru: Chong Mei Yee = Sarah Chong
Subscribe to:
Posts (Atom)
